Untold Beauty of Semporna Island

Keindahan Tersembunyi Kepulauan Semporna


Jangkamasa: 40 minit

Jumlah Penyertaan: Maksima 10 Orang

Bahasa: Dihostkan dalam Bahasa Melayu Tarikh : 3 Jun 2020 3 petang

Kaedah Penyampaian Sertai pengalaman ini menggunakan komputer, tablet atau telefon


Pengalaman Yang Anda Bakal Rasai

Mungkin ramai yang tidak mengenali ‘Orang Laut’ di perairan Sabah tetapi kehidupan mereka yang sangat unik akan membuat sesetengah daripada kita berfikir ini mungkin kehidupan yang wujud dalam filem sahaja.”


Siapakah Orang Laut ini? Berdasarkan sejarah, mereka merupakan sebuah kumpulan etnik Sabah yang berasal dari Filipina dan Indonesia dimana untuk sepanjang hayat mereka tinggal di lautan, membina perahu yang juga digunakan sebagai tempat ‘penginapan’.

Walaupun dikenali sebagai Orang Laut, istilah yang tepat untuk masyarakat ini adalah 'Bajau Laut'.


Komuniti yang hidup dengan perahu ini dilihat sebagai satu komuniti yang tidak agresif, hidup dalam aman damai, berhampiran pantai dengan mendirikan rumah di lautan serta menjadikan lepa-lepa, bot yang dibina sendiri, sebagai pengangkutan utama.

Jom kita rasai pengalaman ini bersama-sama.


Selamat datang ke Kepulauan Semporna! Saya sangat gembira menerima anda sebagai tetamu. Saya telah aktif bergiat di Kepulauan Semporna ini hampir 11 tahun mempromosikan Keindahan Kepulauan bertaraf dunia di Semporna, Keunikan Adat dan Budayanya serta melaksanakan tanpa henti Program Kemanusiaan dan Pembangunan Insannya. Kepulauan Semporna terdiri dari 49 buah pulau yang sangat kaya dengan keindahan laut. Dan saya mahu kongsikan keindahan ini kepada seluruh dunia- Laili Basir

47 views0 comments

Recent Posts

See All