Seloka Raya Sing Angklong

 SING-A-LONG

LIVE BERMAIN ANGKLUNG

BERSAMA HASSAN SANTI


Pengalaman Yang Anda Bakal Rasai

Ramai yang sering terkeliru antara “Angklung” dan “Tanglung”. Tanglung merupakan lampu hiasan dalam masyarakat Cina, manakala Angklung merupakan satu instrumen muzik tradisional yang diperbuat dari buluh. Angklung bila dimainkan, akan menghasilkan bunyi yang menenangkan.


"Jom sertai secara online bersama saya HASSAN SANTIKA & ZACK OSMAN"


Angklung ini berasal dari mana? bagaimanakah Angklung sampai ke Malaysia dan bagaimana cara untuk memainkannya?

Pengalaman ini akan membawa kita mengembara ke masa lampau dari tempat asal Angklung ini dicipta sehingga saat ianya dimodenkan oleh seorang ahli muzik sehingga hasil daripada usahanya, Angklung dapat dinikmati oleh ramai manusia di seluruh dunia.


Dan kita akan melihat bagaimana gigihnya datuk nenek kita menghidupkan budaya ini dengan membawanya ke Malaysia. Angklung juga beberapa kali hampir hilang ditelan arus kemodenan, tetapi inovasi karyawan telah menyebabkan Angklung terus relevan di dunia moden.

Dalam dunia moden yang serba pantas ini, "soothing sound” yang dihasilkan melalui goncangan Angklung dapat menjadi ubat dari kesibukan kota. Dan dapat membuatkan kita pantas terkenang akan suasana damai di kampung halaman..


Dalam suasana hari raya yang diselubungi kawalan pergerakan ini, dan bagi yang tidak dapat merentas negeri untuk pulang berhari raya. Mari kita bersama-sama sertai dan rasai pengalaman ini agar kita dapat mengenang dan lebih menghargai suasana hari raya di kampung seperti tahun-tahun sebelumnya.

15 views0 comments

Recent Posts

See All