MEET MIN HOUSE CAMP

Pengalaman Online Unik Dengan Suasana Alam Yang Damai Dan Hijau


10.00 a.m 5 Jun 2020

Bersama Muhammad MinHouse

Jangkamasa: 45-60 minit

Jumlah Penyertaan: Maksima 20 Orang

Bahasa: Bahasa Melayu

Tarikh : 5 June 2020 10.00 pagi

Kaedah Penyampaian Sertai pengalaman ini menggunakan komputer, tablet atau telefon



Pengalaman Yang Anda Bakal Rasai

Anda akan dibawa ‘Virtual Visit’ di Min House Camp untuk merasai pengalaman unik yang terdapat disini.



Meet Min House Camp 

Min House Camp yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan menawarkan pengalaman “back to nature” dengan konsep hijau serta persekitaran yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang sangat menyamankan. Bertemakan konsep hijau ini, Min House Camp Camp telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan sebagai Malaysia Tourism Excellence, The ASEAN Green Hotel Standard, ASEAN Community Based Tourism Standard & Malaysian Tourism Awards. 


Mari Belajar Membuat Yo-Yo Tradisional

Pernah dengar pokok Beluru? Jom saya bawa anda ke pokok Beluru yang berusia 100 tahun terdapat di sini dan belajar membuat Yo-Yo Tradisional!


Stingless Bee! Ya…itulah Kelulut atau Stingless Bee yang tidak menyengat. Sejenis yang serangga yang menghasilkan madu, mari kita lihat bagaimana madu dihasilkan serta penyelidikan yang dijalankan di sini. Ada beratus koloni yang aktif di sini!


Aquaponic

Pernah anda terfikir aquarium di rumah boleh menghasilkan sayuran organik? Nak tahu jom online nanti ya. Kami akan kongsikan teknik aquaponik. Anda nanti boleh lah bercucuk tanam tampa keluar rumah !


Lokan Hunting!

Di Min House Camp ada sungai yang boleh kita cari Lokan tau! Mari kita lihat bagaimana Lokan dicari menggunakan kaki dan tangan sahaja. Kami akan berkongsi juga cara memasak dengan Lokan…senang je!




Hello! Saya Nur Muhammad Zanini, panggil sahaja Muhammad! Saya adalah anak kepada pengasas Min House Camp, Puan Wan Noriah atau lebih dikenali sebagai Kak Yah. Saya telah berkecimpung dalam bidang Agrotourism ini semenjak tahun 2010. Alam semulajadi membuatkan saya tenang dan saya ingin berkongsikan pengalaman ini bersama anda di MHC. Jom santai bersama saya Muhammad…Host Ceria Anda!

Bagaimana untuk sertai?

Pengalaman ini dihoskan dalam talian. Setelah membuat tempahan, anda akan menerima email dengan pautan dan perincian tentang cara untuk akses.


Apa yang anda perlu bawa hanyalah komputer, tablet ataupun telefon bimbit dengan talian internet yang stabil dan juga perasaan teruja ingin tahu serta seukir senyuman!

31 views0 comments

Recent Posts

See All