Make Your Own T Shirt

Mewarna Semula Baju Lama Atau Baru DenganTeknik Kreatif Tie Dye


Jangkamasa: 1 jam

Jumlah Penyertaan: Maksima 10 Orang

Bahasa: Bahasa Melayu

Tarikh : 7 Jun 2020 / 3 petang

Kaedah Penyampaian Sertai pengalaman ini menggunakan komputer, tablet atau telefon



Pengalaman Yang Anda Bakal Rasai

Tujuan sesi ini adalah untuk memberi wajah baru pada sesuatu yang sudah terpakai atau yang lama. ”


Data menunjukkan bahawa hasil buangan tekstil seperti baju, seluar dan lain lain fabric adalah sangat tinggi. Demi membantu kelestarian alam sekitar dan meningkatkan nilai kreativiti adalah tanggungjawab bersama untuk kita mencari jalan secara kreatif bagi mengurangkan bahan buangan tekstil dan boleh dipakai semula dinegara ini.


Pengalaman secara dalam talian bertajuk “Make your own T-Shirt” ini sangat sesuai bagi golongan dewasa dan juga kanak kanak. Online experience ini bukan hanya memberikan pendidikan tentang menjaga kelestarian alam tetapi ia juga bakal memberikan anda satu pengalaman baru dengan menyertainya walaupun anda hanya berada dirumah. t or add a video for extra engagement. Are you ready to get started? Simply create a new post now.


Kita akan belajar secara kreatif untuk memberikan “Nyawa Kedua”  kepada baju lama dan terpakai dengan teknik lilit dan warna. Jika anda mempunyai baju baru (Cotton Putih) juga boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengalaman secara dalam talian.


Barang yang diperlukan semasa “Online Experience” adalah seperti berikut: 

T-Shirt (Berwarna plain) yang lama atau terpakai.

T-Shirt Baru Putih dan mestilah cotton.

Fabrik Dye – Dylon (Mengikut warna kesukaan anda)

Gelang Getah

Squeeze Bottle

Bleach/Peluntur

Barangan diatas tidak disediakan didalam sesi ini. Ia boleh didapati dimana-mana kedai.

Tetapi sekiranya perlukan bantuan untuk barangan diatas, peserta boleh mendapatkan kit Tie Dye terus dari kami dengan harga istimewa

6 views0 comments

Recent Posts

See All